Serikandiku

serikandiku

Lillahi Rabbil 'Alamiin

My Photo
Name: serikandi
Location: Lancashire, United Kingdom

A full time housewife in seeking of knowledge till death, liLlahi ta'ala.

Wednesday, December 02, 2009

Draf lagi?

Korang have no idea berapa banyak artikel yg saya dah tulis utk blog ini, tapi semuanya saya simpan menjadi draft. Ada yang saya rasa artikel bodoh yg tak perlu saya keluarkan, ada yg saya rasa belum sesuai masanya utk saya keluarkan, and ada yg saya rasa tak patut dipublish. Sebab tu la hampir 2 bulan blog ini tak diupdate. Semakin tua nih, saya rasa semakin hati2 saya jadi sebelum berkata/menulis, sebabnya apa2 yg kita cakap atau tulis will be held accountable infront of Allah… itulah yg saya belajar drp Bad pun. Kadang2 org lupa tentang perkataan mampu melukakan perasaan orang lain. Kadang2 orang juga lupa yg melukakan hati orang lain melalui penulisan itu juga adalah dosa, sebab itulah agaknya wujud dalam sikap orang2 kita budaya surat layang. Dia kira, manusia tak nampak/tahu siapa yg menulis tak berdosa.



وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Al-Ahzab:58)


Begitu juga dgn chatting perempuan lelaki dialam maya dgn cara yg dia tak akan buat dalam alam betul, semuanya sebab dia rasa alam maya tak berdosa. Dia lupa yg hadith nabi berkata,” tidak berdua2 antara perempuan lelaki itu melainkan syaitan yg ketiga..” Dosa2 beginilah yg menghilangkan kelazatan iman dan menghilangkan nikmat manisnya selepas perkahwinan. Dia lupa Allah Maha melihat, Allah Maha Mengetahui. Segala sifat2 Allah hanya dia hafal utk matapelajaran agama sahaja tanpa difahami dan diteraskan dalam kehidupan. Islam padanya hanyalah sekadar tempelan.


Bercakap lagi tentang org yg melukakan hati org lain samada sengaja atau tidak, ada juga yg memfitnah. Saya tulis tentang ini kerana saya tahu ada segolongan manusia yg suka memfitnah. Tapi dalam masa yg sama suka menuduh golongan lain yg suka memfitnah dan memburuk2kan mereka. Saya hanya tulis setakat ini kerana tak mahu apa2 spekulasi.

Bertambah sibuk recently. Mata yang telah saya potong, digunakan utk research.



Sekarang, kehidupan saya semakin sibuk. Saya nak nearly end of my 2nd year. Gabra. Adnan dah 10 bulan, Adam & Lala semakin banyak bertanya tentang kehidupan, saya semakin hari semakin risau bukan hanya memikirkan tentang diri saya, tapi lebih lagi tentang anak2… Saya selalu berfikir bagaimana saya nak ajar tentang islam dalam kehidupan kpd anak2 saya, dalam semua keadaan. Bukan pelajaran agama hanya masa ketika duduk mengaji, tetapi juga ketika bermain dgn mereka, ketika bergurau atau menonton TV dgn mereka. Kita sebagai ibu bapa kena selalu berfikir bagaimana utk kontemporarize Islam utk anak2 kita, supaya pendidikan Islam yg mereka dapat bukan dalam keadaan yg memboringkan. Nabi juga berbuat sedemikian. Nabi mengajar sahabat (yg ketika itu seorang kanak) ketika sedang menaikkan dia ke atas seekor kuda. Nabi mengajar Aisyah (yg ketika itu seorang kanak2) tentang buraq ketika Aisyah sedang bermain anak patung.

Saya ingat saya takmo tulis panjang2 la.. nanti jadi macam biasa.. jadi pekasam buat draf je. Insya-Allah sambung lain kali.


Lala; a lioness.. Adam; a rabbit???!!


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
(Furqan: 74)

Friday, October 09, 2009

Cinta (1)

Mendengar namanya disebut orang sahaja membuatkan hati terdetik dan berdebar. Terdengar nama tempat tinggalnya disebut dalam TV pun membuatkan hati tertanya2.. Tapi tiada perubahan diriak muka.. tidak banyak yg tahu pertunangan saya dengan Badrul ketika itu, seperti kata nabi saw, rahsiakan pertunangan, sebarkan perkahwinan. Inikah yg dinamakan perasaan dilamun cinta? fikir saya pada ketika itu.

Ramai orang suka berbicara tentang cinta. Its only natural. Kita mahu dicintai dan mencintai. Perasaannya indah, lebih2 lagi bila cinta bersambut. Saya sangat mencintai anak2 saya, dan saya tahu mereka mencintai saya kembali. Cinta seorang ibu tidak berbelah bahagi, walau banyak mana anak2nya. Cinta seorang ibu juga unconditional,.. anak2 tak perlu berbuat apa utk membalas cinta saya, saya tetap cintakan mereka.

Cinta seorang isteri dan suami juga adalah cinta yg tekah dijanjikan oleh Allah dalam al-Quran.

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan مَوَدَّةً kasih sayang وَرَحْمَةً dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum:21)

Ada pulak orang tanya, macam mana nak cari jodoh? Jodoh kita dapat selalunya dari golongan yg sama: Betullah jugak kata cikgu saya msa sekolah dulu. Dalam berseloroh dia berpesan, kalau kita jenis yg suka mengurat ditepi2 jalan, kita akan dapat jodoh orang yg respon pada ngurat ditepi2 jalan juga. Kalau kita selalu ke surau, kita jumpa jodoh disurau juga. Macam ayat quran,

وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang (An-Naba’ :8)

Bad dan saya, just sebelum beranakkan Adnan.. tuh dia dalam perut tuh.. sarat. Pic di ambil di Rivington Valley, West Penine Moors.

Bagaimana kalau cinta yang tidak bersambut? Seringkali saya diberitahu tentang hati yg mempunyai penuh perasaan cinta untuk dicurahkan kepada orang lain, tetapi tidak ada calonnya. Maksud saya, boleh je nak cinta kucing, kereta etc, tapi mana sama ye tak? Ini kita tgh cakap tentang perasaan cinta manusia antara 2 jenis, atau dalam bahasa mudah fahamnya cinta laki-pompuan. Saya pun pernah mengalaminya. Saya nak ceritakan tentang satu rahsia.. saya tak pernah cerita ni pada sesapa pun bahkan Bad pun tak tahu, and now saya letak dlm blog saya, so satu dunia boleh tahu.

Saya dulu pun tak pernah punyai pakwe, saya nak juga ada teman hidup seperti orang lain, kerana saya risau kalau2 tak dapat lelaki yg baik buat peneman hidup saya nanti. Nak mengurat2 saya malu dan tak pandai. Keluar rumah pun saya jarang2, sehinggakan jiran2 sebelah rumah pun tak tahu yg mak saya ada anak dara terperuk dalam rumah. So, apa yg saya buat? Saya solat hajat. Saya berdoa sungguh2 dgn Allah semoga diberikan saya jodoh yg baik dan cepat, kerana saya yakin hati2 kita ini semuanya dipegang oleh Allah.

Allah pemilik segala hati, seperti doa rasululah ; يا مقلب القلوب، ثبت قلبي على دينك (Wahai Tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini atas agamaMu). Soal cinta adalah soal hati. Mintalah pemilik hati itu (Allah) utk menggerakkan hati yg Dia tahu sesuai untuk membimbing kita untuk kejalanNya datang kepada kita sebagai seorang suami. Saya sungguh2 berdoa ketika itu sampai tertidur2 atas sejadah, persis kisah kiamat sudah dekat,”minta dengan sangat”. Kerana apa juga? Sebab manusia pandai menipu. Adakalanya seseorang wanita atau lelaki itu boleh menyamar utk berkelakuan paling ayu dan paling baik di hadapan prospective pasangannya, tapi lepas kawen, bak kata P. Ramlee, “perangai jahat ya Allah macam Syaitan!”. Allah je yang tahu perangai sebenar seseorang itu.

Selepas berdoa itu ditaqdirkan Allah sekali banyak datang (he!he!), betul seperti kata naqibah saya dulu, selalunya jodoh datang macam orang tunggu bas.. tunggu lama2 takder, sekali datang 3 biji bas terus, tapi dalam salah satu itulah jodoh kita. Seperti yg pernah saya ceritakan dulu, Bad meminang saya melalui seorang kakak through husbandnya. Ingat tak Khadijah mak angkat saya yg saya cerita dalam posting blog saya tentang masjid di London dulu? Dia pun ada menyampaikan pinangan seseorang, dan beberapa yg lain yg tak perlu saya tuliskan di sini, biarlah rahsia :)


Bersambung…. (BTW,.. tak sangka ini post saya yang ke 100)



Masjid Disbury, Manchester. Masjid ini mempunyai kenangan manis bagi saya. Di masjid inilah saya di ta'arufkan dengan Badrul. Masjid ini dahulunya adalah sebuah gereja yg dibeli oleh org Islam.

Saturday, October 03, 2009

Cemburu

Kata orang, pasangan yang kuat cemburu tu penyayang, betul ke? More like orang yg tak percayakan pasangannya ye tak? Apa pun orang kata, hendak atau tidak, saya rasa saya pun termasuk jenis yg kuat cemburu, tapi taklah sampai cemburu buta atau cemburu yg tidak bertempat. Saya rasa cemburu kalau bad puji pompuan lain selain saya, unless dia memang lawa sangat mcm bintang pilem etc. itu lainlah. Saya rasa Bad pun tahu akan hal ni.. tu sebab dia tak puji sgt org lain depan saya, saya pun takder la puji org laki lain dpn bad, takut2 dia pun cemburu jugak ke.. susah gak.

Di sebabkan sikap cemburu saya nih, selalunya, kalau saya tahu bad suka sesuatu jenis makanan yg bini orang lain masak, saya akan cuba sedaya upaya belajar masak supaya jadi lebih sedap drp tu. Sama la jugak, kalau saya tahu dia suka pompuan cun jenis camner, saya akan sedaya upaya menjadi lebih cun melecun drp pompuan tu.. kat rumah of course :) Tapi kalau kita jenis yg mengukur suami kita sukakan pompuan yg cun saja, tentu bila2 masa kita boleh kalah. Apa2 hal pun, utk para isteri, kita akan try menjadi sebaik2 insan kepada suami kita, layani dia dgn baik supaya, bak kata saya pada bad, "sayalah 4 bini dalam 1 !".. Jadi isteri yg cekap sampai dalam perasaan suami kita tuh, tanpa kita dia rasa tokleh buat apa2.. sampai camtuh sekali.. Teringat saya pada lirik lagu nasyid yg pernah popular satu ketika dahulu,


Isteri Solehah

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan



Sikap dan perasaan cemburu ini adalah lumrah dan fitrah kepada manusia. Bukan kita sahaja, bahkan ahlul bait, yakni keluarga rumah nabi juga mengalaminya. Allah mentaqdirkan kisah ini terjadi pada ahli bait supaya kita; isteri2 orang biasa biasa belajar drpnya. Yakni, nabi dan keluarganya bukan malaikat, mereka juga manusia biasa seperti kita. Kisah ini ada dalam al-Quran dalam surah at-Tahrim ayat 1-5. Dalam kisah tersebut, beberapa orang isteri nabi (Hafsah dan ‘Aisyah) berasa cemburu dgn Zainab yg telah menghidangkan madu (kegemaran nabi) kpd baginda. Lalu Hafsah dan Aisyah telah berpakat supaya kedua2nya mengatakan mulut nabi berbau pada masa & tempat yg berlainan. Nabi yg seperti kita sentiasa maklum, senantiasa menjaga kebersihan mulut dgn membawa kayu sugi kemana2 baginda pergi and so nabi mengharamkan madu kepada diri baginda hanya untuk menyenangkan hati isteri2 baginda. Lalu Allah menceritakan perihal bicara Aisyah & Hafsah ini kepada baginda.


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ ۚ وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kaffarah) dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَٰذَا ۖ قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ

Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya) dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi).

إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.

Surah ini sangat2 bermakna bagi kita kaum wanita/isteri. Isteri2 nabi yang dipanggil أمت المؤمنين (ibu org2 beriman) ditaqdirkan oleh Allah melakukan kesilapan ini supaya kisah mereka didedahkan dan diabadikan dalam al-Quran untuk dipelajari oleh kita orang2 yg beriman. Perkara2 penting yg perlu kita pelajari seperti cara layanan kepada suami, tidak menyusahkan suami, tidak terlalu mengikuti telunjuk isteri, perihal menjaga rahsia rumah tangga dan kesedaran yg Allah sentiasa mengawasi rumahtangga dan sifat2 isteri yg baik, seperti dalam ayat seterusnya;

عَسَىٰ رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang anak dara.

Dan seharusnya kita apabila membaca ayat ke 6 dalam surah yg sama merasa gerun dan menangislan bertaubat, moga2 kita tidak menjadi bahan bakar api neraka.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Kaum2 wanita/isteri yang amat dikasihi sekalian. Iman itu tidak dapat ditukar ganti. Kadang2 kita merasa lega mendapat suami yg baik, so kita rasa kita tak payan lagi berlaku baik. Banyak kaum isteri yg saya pernah borak dengan, menceritakan tentang ke-'ego'an kita kadang2 unutk menjadi isteri yg taat, tentang kedegilan kita, tentang kesabaran kita. Kalau kita tengok semula di akhir surah ini, Allah menceritakan kepada kita dengan kisah2 isteri yg baik/suami jahat (Asiah/Firaun) dan isteri jahat/suami baik (Isteri nuh/Nabi Nuh a.s). Bacalah surah ini, dan pelajarilah tafsirnya. Tak panjang pun cuma 12 ayat. Allah sayangkan kita, Dia mengajar dengan contoh dan tidak membiarkan kita tergapai2 sahaja. Semoga kita berusaha menjadi isteri2 yg baik, yg menjadi syurga buat suami kita di dunia dan akhirat, dan yg mempunyai sifat2 seperti dalam surah at-Tahrim.

p/s: Masa saya tak tahu Bad nak mengurat saya dulu, dia ada bagi satu nasyid…next time saya tulis pasal cerita nih ye? Panjang sangat pulak nanti entri kali ni.


Semoga diberi kekuatan untuk menjadi isteri solehah, yang
مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ
( yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa) amin...

Wednesday, September 23, 2009

Khusyu'

Saya dah lama berkira2 untuk berhenti menulis. Apa tidaknya, tak ada apa pun yg boleh saya sumbangkan utk orang lain, ditambah lagi dgn banyaknya blog-blog dan tulisan orang lain yg sungguh2 meningkatkan iman, saya berasa sungguh kerdil. Tetapi disebabkan saya ingat kembali, motto yg menjadi sebab saya berbuat segala sesuatu dalam hidup saya seperti yg tertera pada tema blog saya, lillahi rabbil 'alamin, segalanya yg saya buat hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam, saya terpaksa meminggirkan kembali fikiran saya itu. Mudah-mudahan tulisan2 bodoh saya ini bisa menjadi sebutir nasi yg harapnya dapat mengenyangkan daripada sekampit beras. By the way, semasa saya menulis ini, saya sedang berada di tempat garage membaiki kereta, wiper kereta tersangkut, nasib baik bawak laptop nih..

Saya kurang menulis. Nampaknya begitu. Sebabnya, seawal2nya saya telah berikrar untuk tidak menulis apa2 yg saya tak buat. Juga saya tak mahu menulis benda2 yg saya ambik drp orang lain, i.e copy paste karya orang lain walaupun saya aware ada beberapa pihak yg telah mengambil cetusan hati saya dan hanya menukarkan nama anak2.. tak mengapa.. kan orang kata, "imitation is the sincerest form of flattery". Saya juga ada belajar daripada pengalaman dalam berusrah dulu2, kalau kita memberikan nasihat kpd orang tentang perkara2 yg kita sendiri tidak buat, perkara2 itu tidak akan menjadi kesan dihati orang lain. Juga sebab saya teringat salah satu surah yg saya hafal, ....

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. As Saff 2-3.


Saya ingin berbicara tentang satu perkara... khusyu'. Apakah yg dimaksudkan dgn khusyu'? Kita selalu mendengar tentang khusyu' dalam solat yg memberi makna sebenar2nya menghayati bacaan2 dalam solat kita, dalam keadaan kita sedar yg kita sedang berbicara dengan Allah, dan kita sedar segala gerak geri kita diperhatikan, dan kita memang sebenar2nya berdiri mengadap Raja kepada segala raja. Inilah perkara yg saya beritahu kepada Adela baru2 ini, kerana dia tak boleh duduk diam masa sedang solat. Ada2 sahaja benda/perkara yg menarik perhatiannya. Bila saya sedang menasihatinya tentang khusyu', saya teringat untuk berpesan utk diri sendiri. Bagaimanakah halnya dengan orang yg khusyu' dalam hidupnya? dan bagaimanakah dgn orang2 yg dikatakan khusyu’?

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. Al Baqarah: 45-46

Saya kira, maknanya sama dgn keadaan kita dalam solat; kita senantiasa aware yg Allah sentiasa berhubung dgn hati kita, memerhatikan kita, memelihara kita, mengasihi kita.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, Al Qaf: 16

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al Baqarah:186


Segala mala petaka yg menimpa, hatta pabila kita terpijak duri adalah tarbiyyah daripada Allah dan juga unutk menghapuskan dosa kita, dan untuk mengingatkan kita tentang haya yg lebih besar suapaya kita kembali mengingatinya. Kita yakin, at the end of the day, kita akan kembali menemuiNya, and so everything surrounding us will become very insignificant. Tapi kita manusia? apabila ditimpa bencana, berkeluh kesah, tanpa mengetahui hikmah yg tersirat disebaliknya.

إِنَّ الْإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; Al-Ma’arij: 19-21.

Saya termasuk dalam orang2 yg berdosa tersebut, Astaghfirullah. Last two weeks, terjadi satu perkara pada saya. Saya perlu memulakan satu experiment dalam siri ekperiment2 saya. Sebelum startnya, saya telah berdoa kepada Allah agar membantu saya, sebab (ayat doa.. orang yg berdoa tak akan kecewa), dan juga sebab takde sapa pun dalam group ophthalmology research saya dapat mengendalikan ekperiment itu dgn berjaya. Saya telah berusaha sedaya upaya sebelum mula supaya betul apa yg saya buat, baca banyak journals, dan selidik beberapa perkara. Di pendekkan cerita, saya accidenttally terbuat satu kesalahan yg salahnya baru saya sedar seminggu kemudian, yg mana seharusnya terlambat utk jangka hayat hidup cells. So, pada hari saya menemui kesilapan saya itu saya merasa sungguh sedih.... saya telah beruasaha dan berdoa,.. tapi tak berhasil. Allah Maha besar, kesilapan saya itu mungkin boleh dikategorikan sebagai accidental discovery... Perkara yg tak sepatunya terjadi telah berhasil.. dan semua sahabat dalam group saya merasa impressed, malah supervisor saya pun terkejut. Masing2 mula bertanya bagaimana caranya dan menyalin daripada saya. Bagaimana saya telah berburuk sangka kepada Allah? Malunya saya kepada Allah. Hilangkah khusyu' dalam diri ini? mana dia sifat kehambaan?

Hati seorang hamba itu, sepatutnya sentiasa merendah diri dgn Tuan yg memilikinya. Apa2 yg Tuannya beri, dia terima dgn perasaan sangat berterima kasih tanpa meminta lagi selebihnya. Kalau terpaksa meminta pun, dengan merendah diri.... takut2 tak dapat apa yg dipinta. Tapi saya... hati melebihi perasaan seorang tuan pula pada hambanya.. siapa tuan dan siapa pula hamba. Saya salah dan saya silap. Semoga Allah mengampuni saya dan mengasihani saya. Semoga saya dapat nampak selalu didikan drp Allah.

Mengemis Kasih
(Raihan aka The Zikr)

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


Selamat Hari raya 'aidilfitri semua, maaf zahir dan bathin.


Friday, September 04, 2009

Ramadhan

Maaf lama tak update blog nih, banyak dah sebenarnya saya dah tulis utk blog, tapi semuanya tak jadi post.. campur2 dgn tugasan harian yg semakin menjadi tugasan hairan... susah nak update. Harap2 belum terlambat utk mengucapkan salam ramadhan pada semua. Untuk ramadhan kali nih, Lala di training utk puasa. Masalahnya kali ni ialah waktu berpuasa yg panjang (from 4 pagi sampai 8 1/2 mlm),.. so anak2 kena kuat sikit. So, sebelum ramadhan tiba, Bad dan saya buat kad utk anak2, "happy ramadhan". sebab sah2 kat tempat saya tinggal nih takder org Islam lain, kami nak diorang rasa betapa kita looking forward and happy dgn kedatangan ramadhan nih. Utk ramadhan kali nih jugak, kami buatkan both Adam & Adela special calendar.

Ramadhan Calendar utk Adam & Lala. Adnan takder, dia kecik lagi.

Kat calendar tuh ada 30 hari, belakang setiap kertas stick-it tu ada satu soalan kuiz.. mudah2 je. Lala punya soalan mudah sikit berbanding Adam, saja nak ajar bebenda mudah dalam satu hari. contoh soalan utk lala, where do we face when we do our solat? (answ: qiblah. kaaba, makkah). Utk Adam, what is the name of the prophet who was swallowed by the fish? (answ: Nabi Yunus, Jonah). And bagi setiap hari ada chocolate menanti. So Adam dan Lala nampak benda nih macam game, and diorang sangat seronok berpuasa setiap hari utk menanti apakah soalan2 seterusnya. Bagus budak2 nih tahan puasa penuh, seingat saya masa saya kecik2 dulu first time puasa penuh pun dalam darjah 3 atau 4.. itupun dgn segala kepayahan :(
 
Ramadhan sepatutnya membuatkan kita menjadi lebih khusyu' utk beribadah. Kawan saya cakap, kat Malaysia sekarang banyak trend orang berbuka puasa di hotel2. Sedih bila jadi trend buka puasa kat hotel ni. Hilang fadhilat ramadhan yang; "supaya kita tahu bagaimana orang miskin takder makanan rasakan", and so kita perbanyakkan memberi sedekah kepada fakir miskin. Orang miskin kalau dah lapar2 bolehkah berbuka dgn segala kemewahan di hotel? Rasulullah saw, pernah berbuka puasa dgn hanya sebelah kurma. Lagi sebelah bagi kat Aisyah. Bila Aisyah dah habis makan yg sebelah tu, and still hungry, Rasulullah saw yg mulia hatinya membelahkan lagi sebelah kurma yg ada ditangan baginda. Fatimah anak rasulullah saw, bila berjalan orang terdengar bunyi2 bising datang darinya, bila disiasat rupanya ketulan2 batu yg diikatkan di perutnya utk menahan kelaparan. Mereka ini adalah kekasih Allah. Siapa kita? Kita patut merasa malu dengan diri sendiri berbuka dgn makanan yg banyak dan mewah especially di hotel2. Seperti sabda Rasulullah saw," Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma". Uthman r.a juga pernah berkata,"Barang siapa yg sukakan makanan yg sedap2, hendaklah dia ingat bahawasanya ahir nanti dia akan menjadi makanan cacing2 (dalam kubur)".
Astaghfirullah.. banyak makanan mengikut nafsu, banyak makanan terbuang, perut kenyang, hilang khusyu'.



Lala, kepenatan semasa tarawikh di masjid, time nih pukul 11 mlm. Saja bawa dia sekali sekala.
Masa nih Adnan pun ada sekali, dia bergelak2 kat sebelah Lala.

Ada juga beberapa sahabat saya mengadu bahawa ada sesetengah masjid2 di Malaysia yang kurang 'mesra kanak2'. Ada golongan tua yg memarahi kanak2 dan menyuruh mereka keluar. Semasa Adam kecil dulu pun, saya pernah kena marah bawa Adam ke masjid kampung baru masa pulang bercuti, padahal Adam sedikit pun tak menagis. Ketika itu saya memangku Adam and ada sorang makcik nih kata,"apesal bawak budak masuk masjid?" dengan mukanya yg cengil. Kemudian datang seorang kawan makcik tuh, mereka berpelukan borak2 dgn kuat, share kuih lagi dan saya dipinggirkan. Sedih saya. Bayangkan kalau ini terjadi pada saudara baru?
Zaman Rasulullah saw, masjid bukan hanya tempat ibadat. Masjid menjadi seperti community center. Segala2nya evolved around masjid. Kanak2 bermain bebas, bayangkan, kalau tidak bagaimana rasulullah saw boleh membiarkan cucu2 baginda Hassan dan Hussein bermain2 di masjid sehingga memanjat belakang Rasulullah saw yg sedang solat. Bukan sahaja anak lelaki, cucu rasulullah yg perempuan, anak kepada Zainab juga yg ketika itu berusia 2 tahun pernah bermain dan bersolat sebelah nabi, di belakang beliau ada Umar, ada Abu Bakar dan sahabat2 lain. Adakah Rasulullah solat tidak lebih khusyu' berbanding kita? Anak2 perlu dibiasakan dengan masjid semenjak kecil lagi. Dan kalau namanya anak2, memang lah ada sikit kenakalan, atau bermain2... kita yg tua lagi banyak dosa ini kalau di kira layak tak layak masuk masjid patut malu berada dalam rumah Allah. Masa zaman Rasulullah saw juga, bila tiba musim kurma baru keluar, rasulullah memanggil semua kanak2 utk mengambil kurma baru daripada tangan baginda yg mulia di masjid, manakala semua orang2 dewasa wait patiently sampai kanak2 puas, baru mereka boleh ambik. Anak2 tidak berdosa, pure.. maka hasil terbaik tanaman lebih sesuai utk mereka dahulu.

Para sahabat yg kita selalu sebut2, yg meriwayatkan banyak hadith juga drp golongan kanak2, Anas bin Malik (pembantu rasulullah saw ketika berumur 10 hingga 20), Abd Allah ibn Abbas pun selalu berdampingan dgn Rasullullah saw semenjak kecil dan banyak hadith2 dan tafsir yg kita pelajari daripada mereka. Seperti yg saya katakan dahulu, never underestimate kanak2.. mereka bijak dan banyak yg boleh mereka pelajari compare dgn kita. Mereka sentiasa memerhati dan mempelajari. Kalau tidak disebabkan oleh Anas, kita tak tahu apa yg dilakukan oleh Rasulullah saw dalam rumah baginda, banyak hadith2 berkenaan kehidupan baginda dalam rumah dalah diriwayatkan oleh Anas.

Kalau Rasulullah saw boleh menyayangi yg muda, kenapa tidak kita?


Cairo: gelok air kat tingkap masjid.. bila budak2 penat bermain diorang minum air dari sini and tutup balik..
ni kat masjid imam Shafi'e, dlm ada maqam imam Shafie & kesan tapak kaki Rasulullah saw yg dihadiahkan kpd imam tersebut.

Wednesday, August 12, 2009

Menongkah arus

Anak orang miskin, di al Hussein, Cairo. Banyak benda yg kita ada, kita take for granted.

"But then, I will be different, everybody else has this.." begitulah kata Lala kalau dia diminta berbuat sesuatu yg 'lain' drp kawan2nya. "But you are not like everybody else Lala, you are special," kata saya untuk memujuknya. Rasanya, ramai anak2 yg begitu, kalau 2,3 org je kawan2 yg ada sesuatu permainan, dikatanya semua kawan2 ada. Saya terfikir, bukan sebab saya takmo bagi dia atau belikan dia, tapi saya nak latih Lala supaya tidak merasa malu untuk kelihatan lain. Lebih2 lagi, saya nak dia ada perasaan kekuatan diri bila dah besar nanti untuk menutup aurat tatkala orang lain semua terdedah. Saya nak dia menjadi seorang yg berkeyakinan bila dia tahu dirinya berada dipihak yg benar, dalam kata lain tak cepat melatah untuk mengikut orang lain. "So.. kalau orang lain makan jijik, Lala pun nak makan jijik lah ye? Suka ikut orang lain?" kata saya mengulangi apa yg biasa saya dengar masa kecik2 dulu. Masa nih selalunya Lala dan Adam akan tergelak besar... menjadi jugak cara psychology orang dulu2 ye?

Dalam pada tuh ada jugak rasa sedikit guilty dalam hati saya. Contohnya, masa bulan october yg lalu, sekolahnya menyuruh budak2 pakai baju bertemakan Halloween, so semua kawan2 Lala memakai baju 'hantu' etc. Tapi saya tak mahu anak saya merayakan perayaan yg batil tuh, and saya suruh Lala pakai baju seragamnya ke sekolah hari tu. Kata saya dgn dia, buat apa nak ikut puja2 setan nih Lala, dan dia nampaknya faham. Bila sampai sekolah, budak2 lain semuanya pakai macam2 dan masing2 berbangga dgn apa yg dipakainya,.. and sometimes kids can be so cruel, " You dont have this.. I have..." katanya mengejek Lala, tapi Lala diam sahaja, saya cuma memegang bahunya erat2. Of course kita mahu anak kita rasa happy, gembira, tak berduka, tapi kena trading antara happiness dia dan pembinaan syahksiah diri dia amat penting. Seperti yg saya pernah ceritakan dulu, semasa saya kecil mak saya pun selalu buat begitu pada saya, dia kata tak payah ikut orang lain, selagi kita yakin yg kita betul, teruskan sahaja apa yg kita buat, sampai sekarang saya pegang apa yg mak ajar tu.



Dalam masjid Sayidina Hussein, Cairo.

Dalam pengalaman saya sehari2, kadang2 saya nampak ada sesetengah orang yg rasa gelisah bila dia 'lain'. Contoh yg mudah, ada orang Islam yg apabila menggunakan pisau dan garfu (knife & fork) untuk makan secara barat, sanggup dia ikut cara tak Islam, yakni menyuap ke mulutnya dgn tangan kirinya yg memegang fork. Sebab dia rasa malu kalau org nampak dia makan dgn tangan kanan, kononnya yg dia kuno? Dia lupa hadith Rasulullah saw yg mengajarkan, mana2 suapan yg masuk ke mulut dgn tangan kiri adalah dari syaitan. Atau dia lupa yg mak dia ajar, suap makanan dgn tangan kanan, cebuk dgn tangan kiri? Malu kot, kalau2 mat saleh tengok,padahal diorang tak kisah pun. Kalau kisah pun, so what? kan? kan? ehehe.. Satu lagi contoh typical sekarang nih, yg saya rasa sedih bila berborak dgn anak2 muda adalah pasal tiada teman istimewa (pakwe atau makwe) sebelum kawen, ataupun bercinta selepas kawen.. macam diorang tak pernah dgr. Ada yg kata, kalau takder pakwe maksudnya kita tak lawa sebab orang takmo kita.







Saya juga selalu terfikir, kalau kita nih yg jenis suka ikut2 orang nih, kalau ditaqdirkan hidup pada zaman nabi saw bagaimana ye? Maklumlah, zaman tuh, semua org kata, jgn ikut/dengar kata dia (nabi saw) sebabnya dia tukang sihir, dia orang gila. Kalau kita bukan jenis orang yg suka mencari kebenaran dan suka mendengar kata2 orang, sudah tentu kita tak mendapat keindahan Islam.

Pelik? Tak mengapa. Saya selalu ingat hadith ini.
 
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
(The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers") Sabda nabi, Islam itu bermula sebagai satu yg asing ( غرابة), dan ia akan kembali sebagai yg asing. Berbahagialah orang yg asing.

Oleh itu, tak mengapalah kalau kita lain, asalkan kita betul. Jadilah orang yg kuat keyakinannya, dan tidak terikut2 benda2 salah. Semoga kita termasuk dalam golongan 'asing' seperti yg disabdakan nabi saw.

Tuesday, August 04, 2009

Cairo



Menunggang unta di padang pasir untuk menuju ke Pyramid.

Baru kembali daripada bercuti di Cairo. Seperti yg dijangkakan untuk musim panas, memang Cairo (Kaherah) panas, tapi yg paling tak tahannya ialah habuk dan debu pasir yg melekit ke muka dan lubang hidung. Time macam ni fikir saya, lebih baik pakai niqab. Pertama kali saya menjejaki kaki ke bumi anbiya ini, saya mengharapkan untuk melihat bumi yg Allah jadikan, dan juga melihat adat masyarakat tempatan yg tak dapat dicapture oleh tulisan atau gambar semata. Inilah negeri yg satu masa dahulu ditadbir dgn bijaksana oleh Nabi Yusuf a.s. tapi kini hanya terkenal dgn tinggalan Firaun yg derhaka kepada Allah. Kami melawat tempat tinggalan Firaun iaitu Pyramid di Giza dengan menaiki unta, gayat pada mulanya especially bila unta membengkokkan kakinya utk berdiri. Betapa besarnya piramid yg dibini dgn batu-bata besar yg dibawa beribu batu drp Aswan mengikuti sungai Nil, hanya untuk membina bangunan menyimpan harta dan mayat Firaun. Pekerja2 binaan dibunuh kesemuanya setelah binaan siap, hanya kerana utk menyimpan rahsia Firaun. Barulah saya faham apa yg dirasai oleh bani Israel yg menjadi buruh binaan, sekiranya ahli keluarga saya sebegitu,anak2 lelaki semuanya dibunuh oleh Firaun, tentulah doa dan pengharapan yg sangat di pinta kpd Allah utk melepaskan diri drp siksaan. Kemudiannya melihat tinggalan Kerajaan Firaun di Egyptian Museum of Antiquities. Emas untuk topeng, dengan segala kemewahan, patung2 yg sungguh besar, saya terfikir dan baru saya boleh faham bagaimana nabi Musa a.s. merasa seram untuk melawan Firaun.






Adam & Lala melepaskan lelah di kolam renang hotel.


Kami kemudian melawat Masjid Al Azhar. dan merasa nikmatnya bersolat di situ sambil menghilangkan dahaga dgn tangki2 air yg disediakan. Bertemu dgn beberapa student Melayu yg membawa kami melawat universiti yg terkenal tersebut. Berkesempatan juga ke pasar Khan al Khalili, syok sebab bila convert harga barang terlalu sangat murah berbanding dgn harga di UK, cumanya saya tak banyak membeli sebab tak tertarik hati sgt dgn apa2. Lagipun, bila orang bawa saya shopping saya jadi segan dan malu nak beli apa2. Heran jugak dgn Egypt nih, tinggalan Firaun bukan main sangat dijaganya, tapi tinggalan Islam seperti disia2kan.. mungkin kerana tak balik untung utk tarik pelancong? Tapi sempatlah jugak melawat masjid & maqam Hussein (cucu nabi), masjid & maqam imam Shafie, masjid & maqam saiyyidatina Nafisah, masjid Amr al As, masjid Muhammad Ali di citadel (kubu yg dibina oleh Salahuddin al Ayyubi). Kami menyewa sebuah bot menyusuri sungai Nil pada waktu malam, tak share dgn Arab lain sebab bising. Bila bot terserempak dgn bot Arab lain yg dihiasi lampu bergemerlipan dan lagu yg terpasang kuat, rasa kelakar la pulak nampak banyak minah arab bergelek2 joget tanpa segan silu. Pemandangan dari sungai Nil breathtaking...



Pemandangan waktu malam dari sungai Nil. Susah nak capture waktu malam dari bot yg bergerak2 bila perlukan shutter speed slow utk kumpul light.


Generally Cairo kotor dan banyak sampah. Cairo pada saya tak sama sungguh dgn Istanbul. Cairo semuanya duit, sampai2 org dah ketuk kita dgn duit, Apa2 saja kena bagi duit. Org doakan kita kat masjid pun, mintak upah duit, tak termasuk dgn ramai yg meminta2. Kalau tak dinasihatkan oleh locals, memanglah kita kena tipu perihal duit. What do you expect bila ramai sangat rakyat miskin berkumpul (20 million) dalam kota Cairo. I'm sure bukan semua or Cairo sebegini, kami di sini pun hanya seminggu, tapi nampak banyak akhlaq yg kurang cantik berbanding dgn Istanbul. Sorry saya bandingkan dgn Istanbul, sebab berbanding dgn negara Islam lain yg pernah saya pergi. both Cairo dan Istanbul pernah menjadi kota pentabiran kerajaan Islam dan jumlah kepadatan penduduknya sama.





Pada saya, bila kita berjalan ke negara orang, lebih baik kalau kita ambik apa2 yg positif untuk dipelajari. Kalau cari yg tak elok sahaja, tentu yg tak elok yg kita jumpa. Orang Egypt saya selalu nampak solat dimana2,.. i.e. nampak seposen je orang solat sorang2 kat bawah pokok, atau kat car park. Dan saya nampak ramai orang lelaki yg mempunyai tanda sujud pada dahi mereka, mat saleh bukan Islam yg tulis buku Egypt guide pun tulis pasal benda nih... tak tahu tanda tu sebab culture atau memang sebab mereka rajin solat (saya pun senang dapat tanda sujud tuh kalau saya sujud kat carpet/sejadah diperbuat drp wool.. saya allergic dgn wool, sesaat saya sujud atas wool, seminggu saya ada tanda sujud.. macam baik je padahal palsu!). Satu lagi yg saya perasan, tak nampak banyak anak muda berdating (seperti yg terdapat di Malaysia, sehingga berbulu mata melihat). mengikut jawapan (apabila disoal pasal ni) yg diberikan oleh ustad Ahmad (org melayu pattani yg telah menetap disitu selama 16 tahun) yg menjadi guide kami pada 2 hari terakhir, perempuan arab egypt pandai menjaga diri, tidak mudah menjual kehormatan diri sebab takut2 tak jadi kawen dgn kekasihnya, incase terkawen dgn org lain kalau tidak suci lagi suami akan minta segala haknya dan memulangkan gadis ke mak bapaknya semula.. malu sekampung. So takdela kisah2 buang anak mcm malaysia. Satu lagi, walaupun gadis mereka banyak yg berpakaian moden, diorang taklah pakai T-shirt tak berlengan dgn tudung macam sesetengah budak2 bertudung melayu.


Kesibukan dan hiruk pikuk di pasar Khan al Khalili. Panas, peluh, debu, pasir, melekit..



Apa2 hal pun, syukur sebab adanya establishment seperti universiti al azhar, kalau tidak bertambah rosak egypt. Saya rasa masalah utama dgn kerosakan egypt adalah berpunca drp kerajaannya yg sangat corrupt. Bila ada ulamak menegur akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh, seperti yg terjadi kepada As Syahid Hassan al Banna, Syed Qutub dan lain2 lagi. Kisah2 yg saya pelajari semasa saya muda2 dahulu datang kembali. Saya rasa malu kepada org kafir sekiranya saya terpaksa menunjukkan negara Egypt sebagai negara Islam kepada mereka. Kata2 seorang yg saya tak ingat sapa," Aku lihat (sifat) Islam di negara orang2 kafir, dan aku lihat (sifat) kafir di negara orang2 Islam," memang saya akui kebenarannya.


Di perkarangan Masjid al Azhar.


Alhamdulillah 'Adnan baby yg sangat sabar dan tak banyak karenah.


Adam & Lala pun Alhamdulillah tahan lasak.


Banyak lagi gambar, tapi skop untuk meletak pics kat blog nih limited. mungkin saya kena buka account dgn website photography utk share pics sini.

Sunday, July 12, 2009

Tudung

Susah sungguh mencari masa utk update blog. Sibuk dan macam2 terjadi.. Belajar, jaga anak, kemas rumah.. nih je pun baru lepas habis lipat segala tudung.. Saya memang ada banyak sangat tudung,.. well actually saya tak tahulah collection saya berbanding orang lain, tapi rasanya memang banyak. Bermacam2 warna dan segala combinationnya, tapi kebanyakkannya adalah warna gelap (especially hitam dan cokelat) sebab Bad kata muka saya elok pakai kaler gelap bukan cerah. Kebanyakan tudung saya adalah drp jenis kain selendang yg panjang, sebab Bad suka saya pakai style lilit berbanding jenis 3 segi (semua kena ikut cakap Bad kan?). Tudung2 saya start daripada yg berharga £2 jenis pashmina takder jenama sampai lah yg paling mahal yg saya ada drp jenama Burberry.. baru ada1 je nih :). My favourite brand kalau masa musim panas ialah Nitya Paris, sebabnya dibuat daripada kain cotton yg ringan tapi tak jarang, dan mudah dibentuk. Kalau musim sejuk saya suka jenis pashmina wool drp India. Masa saya start pakai tudung zaman sekolah dulu, tudung saya jenis 3 segi drp kain jenis jojet atau polyester, kalau yg jenis2 yg tebal, berat dan mahal tuh drp jenis yg dipanggil SB line.. tak tahu ada tak lagi jenis2 kain camnih. Pastu tuh, awal2 uni saya pakai tudung labuh.. tapi, tudung labuh nih rasa saya bahaya sikit sebab bila angin tiup lagi berbentuk drp kain tudung besar yg dililit.. and so saya berubah guna kain lilit. Pada saya tak kisahlah bagai mana rupanya jenis kain tudung tuh, asalkan menutupi dada dan tidak menampakkan aurat.


collection tudung saya


Saya start pakai tudung dikira lambat jugak. Dalam hujung form 4 gitu. Masa tuh pun dalam family saya belum ada yg bertudung, and zaman tuh sapa pakai tudung dipanggil orang dakwah, tak macam zaman sekarang. Saya dah cerita dah kot, pasal bagaimana saya mula bertudung dalam blog post saya yg lalu. Macam2 perihal tudung nih recently di negara barat. Bad cakap, kebetulan France haramkan wanita Islam berfurdah, selepas satu2 French plane jatuh.. seram saya. So far, ramai sedara-mara atau kawan2 yg baru sampai dari Malaysia merasa hairan melihat lebih ramai wanita berfurdah di UK berbanding dgn di Malaysia. Begitu juga dgn lelaki yg berjanggut dan berjubah putih, lebih byk di sini.. well at least kat area North West nih. And peliknya, omputeh pun macam dah biasa je dgn kehadiran diorang.


gabra di hadapan poster saya, menjawab persoalan delegates


Baru2 ni, saya terpaksa menghadiri sebuah conference di Ireland. Disebabkan saya masih menyusukan Adnan, Bad ambik cuti beberapa hari utk menemani saya ke conference tersebut sambil2 menjaga Adnan. Supervisor saya tak kisah, bahkan dia happy saya tak menjadikan anak sebagai alasan utk kerja. Infact dia bookkan kami semia teksi yg ada carseat utk Adnan lagi. Sepatutnya saya bagi oral presentation but (Alhamdulillah...) penuh.. so buat poster presentation.. nasib baik.. saya gemuruh sikit berucap depan ramai orang.. next year kot. So, orang lain happy kesana kemari, saya mencuri2 keluar drp lecture menyusukan Adnan, bila dia dah tertidur saya bawa dia mendengar lecture dgn saya jugak :). Alhamdulillah, saya dapat anugerah utk 2 categories for my work dlm conference tuh; highly commendable in use of microscopies dan highly commendable for use of novel material in biomedicine. Ada berkat membawa baby agaknya :)


gambar latest Adnan, thanks Azim & Mahani atas pic nih

Wednesday, June 17, 2009

Jahat



Tak semua manusia jadi baik... ujian Allah kepada kita


"Is'nt it nice Baba, if everybody in this world becomes Muslim? Then our neighbours will be Muslim, all my friends would be, theres no bad people, and everybody will be happy.." kata Adam kepada Badrul semasa dalam perjalanan solat subuh di masjid Bolton, kira2 6 batu dari rumah kami. "Not all muslims are good muslims Adam," kata Badrul. "And kalau Allah wants, He can make everybody in this world to become proper Muslims, but He makes us as we are to test us. You know what tests? Just like school tests, so that the teacher knows good students from bad ones. Those who are good will achieve an award like they did in your school. And so, if we pass this test given by Allah, He will reward us with His paradise...." panjang lebar Badrul memberikan penerangan pada Adam. "Good Muslim will of course obey Allah, good Muslim children will listen to their parents, behave and have good manners." sambung Badrul pada Adam yg puzzled mengapa ada muslim yg tak baik (jahat).


وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ


"kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu" (al-Maidah:48)





Lala anakku.. dah besar nanti jadilah sebaik2 perhiasan dunia,..wanita yg solehah, amin..


Bercerita tentang orang jahat,... kat mana2 pun ada orang jahat. kat Malaysia ada, kat UK ada, even kat Mekah pun ada. Tak tahulah apa yg diorang fikir. Pada orang jahat yg muslim, dia lupakah pada malaikat yg sentiasa mencatat.. dia lupakah pada balasan Allah? especially orang2 yg berbuat jahat secara sedar.. tak takut Allah kah? Begitulah perasaan saya setiap kali membaca berita dr tanah air tentang ragut, rompak, bunuh, buang anak etc.. Yang pada yg kafir pula, tidak adakah segelumit pun perasaan kasihan kpd yg dianiaya? sometimes Adam tanya saya, why life in this world can be unfair... orang yg jahat kadang2 nampaknya bersenang lenang dan kaya raya, manakala orang yg baik hidup dlm kesusahan, sekali lagilah saya jawab kepadanya sebab itu adanya hari kiamat, hidup kita bukan hanya di dunia, so Allah boleh balas sapa yg jahat and sapa yg baik, and so barulah kehidupan kita semuanya menjadi fair.. bukankah Allah Maha Adil? Dalam lompat2nya Adam ini, dia suka pula berfikir deeply tentang kehidupan, hopefully benda2 yg kami ajar padanya tetap dia ingat.


One of those usrah anak2 session..


At the moment, Bad membacakan sebuah hadith setiap hari kepada both Adam dan Lala dari kitab Riyadhus Solihin dalam bahasa English, dan kemudian discuss apa2 dgn mereka. Mereka enjoy that time of the day, selalunya just before diorang tido waktu petang, lala duduk di pangku, dan Adam duduk di samping Badrul. Selalunya time tuh saya sedang sibuk menguruskan Adnan.. hopefully tak lama lagi dia boleh join the discussion.



Tapi Adnan cepat ngantuk la Baba... bila dengar ceramah...


Happy saya tengok, kalau zaman muda2 Bad jadi naqib pada adik2 di universiti, now nih duduk jauh drp adik2 universiti, anak2 pula menjadi anak usrahnya.. cute pulak tuh.. cara penyampaian tentulah lain.. bahasa anak2.. contoh2 yg mudah mereka faham. Saya? entahlah.. saya dah tak macam dulu lagi.. saya dah kekok bercerita tentang harakah islamiyah, daulah islamiyah dan bermacam2 lagi perkataan yg gah2.. entahlah.. mungkin saya nih termasuk dalam golongan yg dikatakan futur (gugur) dalam perjuangan? Perjuangan saya sekarang hanyalah sekitar keluarga dan anak2 saya.

Monday, June 15, 2009

kosong..


Sedar tak sedar, dah lebih dari sebulan saya tak mengupdate blog ni.. maafkan saya, saya benar2 kesuntukan masa sekarang ni. Siangnya sibuk belajar/research kat uni, balik rumah terkocoh2 memasak, jaga anak + jaga baby, campur kerja2 rumah yg lain. Adnan pula masih bangun malam untuk menyusu. So.. semua perkara2 ini membuatkan saya merasa amat letih.



Tambahan pula waktu spring/summer yg mana subuhnya masuk pukul 2pagi, habis by 4 pagi, magrib pula masuk pukul 10 malam. Rasa tidur tak puas.. Siang tadi, masa meeting, supervisor saya tegur saya sebab saya tersenggut tertido at the very moment dia nak tanya pendapat saya.. huh! sungguh memalukan.. Hopefully dia faham, yg saya masih berjaga malam menyusukan anak.. so that is my excuse at the moment..




So.. apa saya nak cakap? Saya masih takder idea.. otak saya rasa kosong... kalau nak cerita pasal anak.. Adnan semakin membesar.. dah pandai gelak2 dan mengagah orang, dah mula juga megangkat2 badan nak berpusing. Adam dan Lala pun dah makin besar,.. main panas dan semakin hitam.. takpela.. winter nanti Insya-Allah putih balik.


Bukan senang nak dapat mandi laut kat UK nih... laut selalu sejuk.. so sekali sekala dapat berendam... Huh.. baru cakap Adnan dah bangun nak susu.. sambung lagi bila saya ada benda nak cerita .. dan ada masa...